Soalan Lazim
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Irina by Myra adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon (suami/isteri) mestilah menetap atau bekerja di Negeri Selangor dan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa
- Pendapatan pemohon dari RM3,000-RM10,000 sebulan atau pendapatan isi rumah (suami & isteri) tidak melebihi RM10,000 sebulan
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas tempoh lima (5) tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
Bagaimanakah cara untuk memiliki rumah Irina dari Myra?
Setelah mendaftar di laman web ini, pihak kami akan mengumpulkan segala butiran dokumen yang diperlukan dari pemohon dan permohonan akan dihantar oleh pihak Myra sendiri kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara terus untuk proses pemilikan rumah Irina by Myra. Seterusnya, pemohon perlu menunggu surat tawaran daripada pihak LPHS.
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah Irina by Myra?
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian pasangan
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
- Penyata KWSP
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS (Myra juga menyediakan khidmat semakan CCRIS untuk anda di Galeri Jualan kami)
Berapakah harga rumah Irina by Myra ?
- Unit Jenis B: RM 100,000 + RM 10,000 (*tertakluk pada terma & syarat)
- Unit Jenis C: RM 180,000
- Unit Jenis D: RM 220,000
Keluasan rumah adalah di antara 700 kaki per segi (kp) hingga 1000 kaki per segi (kp) bergantung kepada jenis rumah.
Berapakah keluasan rumah Irina by Myra ?
- Unit Jenis B: 750 kps
- Unit Jenis C: 900 kps
- Unit Jenis D: 1000 kps
Keluasan rumah adalah di antara 700 kaki per segi (kp) hingga 1000 kaki per segi (kp) bergantung kepada jenis rumah.
Dimanakah lokasi rumah Irina by Myra?
Lokasi Irina by Myra terletak di Puncak Alam di bawah bandar Myra Alam.
Adakah permohonan saya disenarai hitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku yang ditawarkan?
Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun.
Adakah Irina by Myra merupakan projek dibawah skim Selangorku kerana ia tiada di dalam laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Untuk pengetahuan umum, Irina by Myra merupakan projek rumah Selangorku dibawah LPHS.
Myra ingin berkhidmat dan melayani setiap pelanggan yang berdaftar dengan sendiri tanpa perlu ke laman web LPHS. Melalui cara ini, Myra dapat membantu sebanyak yang mungkin sebelum pihak kami menghantar butiran pemohon kepada pihak LPHS untuk proses seterusnya.
Bagaimana jika saya tidak mempunyai wang simpanan atau pendahuluan sebanyak 10% untuk projek ini?
Pemohon tidak perlu risau jika tidak mempunyai wang simpanan atau pendahuluan sebanyak tersebut.
Pemohon boleh mengeluarkan wang KWSP (daripada Akaun 2) atau diberi pilihan untuk membayar secara ansuran (*tertakluk pada terma & syarat).